PETALING JAYA: Penganjur Perhimpunan Bersih 4 menerima bil pembersihan RM65,000 daripada wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Terdahulu pegawai kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan gagal menemui rumah yang betul untuk menyerahkan bil tersebut pada Sabtu. "Kami menerima 'bil' walaupun kami membantu membersihkan jalan di sekitar Kuala Lumpur," kata Bersih 2.0 di laman Twitternya pada Isnin. Dalam Twitter itu turut dimuat naik gambar Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menerima bil tersebut daripada seorang pegawai DBKL. Terdahulu, penganjur Bersih menaikkan kain rentang dan papan tanda di luar premisnya di Petaling Jaya untuk memastikan pegawai tersebut sampai ke lokasi yang tepat. Jawatankuasa tersebut turut mencetak notis dengan alamat lengkap Bersih 2.0 di Petaling Jaya dan papan tanda berbunyi Ibu Pejabat Bersih 2.0 yang diletakkan di pagar premis tersebut. Lukisan anak patah berwarna merah turut ditampal di sebelah pagar supaya pegawai tersebut tidak terlepas premis No.13 itu.