suria

“Saya Hanya Kerja Untuk Satu Bos” - Ku Nan

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam Selasa.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau hanya bekerja untuk satu "bos" iaitu Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, sebuah parti diibaratkan sebagai kapal yang perlu mempunyai seorang sahaja nakhoda.

“Saya hanya kerja dengan seorang bos, saya tak berkerja dengan bos lain. Bos saya adalah presiden saya.

“Saya harap semua orang faham dalam satu kapal hanya ada satu nakhoda, tak boleh ada dua orang nanti kapal pun karam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tertutup yang disampaikan oleh presiden parti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang berkata, Tengku Adnan sepatutnya menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden dengan tidak mengeluarkan arahan dan memberi peringatan kepadanya.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, beliau tidak pernah memberi layanan buruk kepada Muhyiddin atau sesiapa sahaja.

“Kalau kata saya beri layanan buruk, saya tak pernah melayan buruk sesiapa, saya bukan seperti itu, itu bukan karektor saya,” katanya.

Mengenai ketidakhadiran MUhyiddin pada taklimat tertutup itu, beliau berkata, Umno telah menjemput beliau.

“Saya tak tahu (alasan tidak hadir), kalau saya komen nantijadi masalah sebab ada orang dah kata saya ni bukan bertanding, saya hanya dilantik.

“Saya nak komen macam mana dia (Muhyiddin) tak hadir, bukan kita tak jemput. Kalau dah jemput tapi tak datang macam mana kita nak buat,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain