suria

Shafie Tak Sertai Sidang Media Naib Presiden Umno

Ketiga-tiga Naib Presiden Umno (dari kiri) Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa malam.

KUALA LUMPUR: Umno meneruskan tradisinya di mana naib-naib presiden parti itu mengadakan sidang media serentak sejurus berakhirnya sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2015.

Bagaimanapun kelibat Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak kelihatan pada sidang media yang dikendalikan oleh dua lagi Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kedua-dua pemimpin berkenaan juga tidak mengulas mengenai ketiadaan rakan sejawatan mereka itu.

Terdahulu, Shafie hadir mendegar Taklimat Presiden yang disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa malam.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan tidak menyenaraikan nama Shafie bersama Ahmad Zahid dan Hishammuddin bagi mengendalikan sidang media harian sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2015.

Shafie Apdal, Naib Presiden, PAU 2015

Artikel Sebelum

Umno Sabah Menang Anugerah Membara

Artikel Berikut

Artikel Lain