Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Perai, A'azelan Hassan berkata dua lelaki berusia 30-an itu sesak nafas berikutan asap tebal dalam kebakaran pada pukul 12.25 tengah malam itu.
Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasaan pada pukul 12.27 tengah malam dan jentera pertama tiba di kilang berkenaan kira-kira 18 minit kemudian.
A'azelan berkata kebakaran itu memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan kawasan kilang yang berkeluasan kira-kira 20,000 kaki persegi.
Katanya, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran pada pukul 12.54 tengah malam dan keseluruhan api tu berjaya dipadamkan dalam tempoh lima jam.
"Kami juga terpaksa menggunakan busa untuk memadamkan api kerana ia melibatkan bahan kitar semula," katanya.
Katanya, sebanyak 100 pegawai dan anggota bomba dari enam Balai Bomba dan Penyelamat serta lebih 10 anggota PBS terlibat dalam operasi memadam kebakaran.