Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Sampornak Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira 4.45 petang apabila treler dari arah Johor Baharu ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.
Beliau berkata treler tanpa muatan itu kemudian memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan tiga kenderaan lain iaitu Toyota Camry, Perodua Myvi dan satu lori kontena.
Mereka yang maut di tempat kejadian ialah pemandu treler, Muhammad Saiful Om, 31, dari Beranang, Selangor dan dua orang yang berada dalam kereta Toyota Camry iaitu Mohd Nizan Abdul Rahim, 48, dari Kota Tinggi, Johor dan Halid Haron, 48, dari Kangkar Pulai, Johor.
Bagaimanapun, menurutnya nama mereka yang cedera masih belum diketahui dan mereka sedang dirawat di Hospital Jasin.