suria

Ahmad Razif Dapat Sokongan Jadi MB - Idris Jusoh

Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
SERDANG: Usaha-usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman telah gagal kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris, yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata negeri itu berada dalam keadaan tenang dan menyokong kepimpinan Ahmad Razif.


"Terengganu tenang dan sokongan terhadap Ahmad Razif bertambah baik. Saya percaya dia dapat mentadbir negeri dengan lancar.

"Kami akan terus menyokong Ahmad Razif untuk menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu," katanya ketika ditemui di Putra-Makna Run 2016 pada Sabtu.


Pada Selasa, Datuk Ahmad Said yang sebelum ini menjadi menteri besar negeri itu telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap rakan sekerjanya, Ahmad Razif.

Speaker Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul itu, menyatakan beliau tidak memberikan notis dua minggu untuk mencadangkan usul itu.

Ahmad Said yang juga Adun Kijal telah digantikan dengan Ahmad Razif sebagai menteri besar pada Mei 2014.

Ahmad Said dilantik menjadi menteri besar negeri itu dalam pilihan raya 2008, mengambil alih jawatan daripada Idris Jusoh.

Artikel Berikut

Artikel Lain