Sebagai contoh, perkhidmatan ATM tidak boleh digunakan dari pukul 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi manakala Maybank2u.com tidak akan boleh diakses dari pukul 3.00 hingga 7.00 pagi.
Dalam notis yang dipaparkan di laman webnya, Maybank menasihatkan pelanggannya untuk melakukan transaksi perbankan mereka lebih awal.
"Kami akan berusaha untuk mengurangkan tempoh gangguan perkhidmatan ini dan memohon maaf terlebih dahulu bagi sebarang kesulitan yang timbul," katanya dalam notis itu.
Pelanggan Maybank yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian Perkhidmatan Pelanggan hotline 24 jam di: 1300 88 6688 (Malaysia) atau +603 7844 3696 (luar negeri).
Untuk maklumat lanjut, layari Maybank2u.com.