Meskipun pertumbuhan suku tahunan yang perlahan sejak suku ketiga 2009, negara berada di landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 4-4.5 peratus tahun ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim.
"Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbelanjaan berhati-hati, dan ia tidak ada kena mengena dengan isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"(Ia disebabkan oleh) kestabilan pendapatan kita dan jaminan pekerjaan," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan suku pertama KDNK di sini, Jumaat.