suria

Aliran Trafik Di Plaza Tol Gombak Ke Arah Timur Mula Perlahan

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke arah timur dilapor mulai bergerak perlahan pada pukul 12 tengah, Rabu.

Bagaimanapun, kebanyakan aliran di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 di kedua-dua arah bergerak lancar setakat ini, kata jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik menghala ke utara terkawal namun bergerak perlahan di beberapa kawasan terutamanya dari Rawang ke Sungai Buaya berikutan bilangan kenderaan yang semakin meningkat.

Aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain lancar, katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

aliran trafik, Plus, Plaza Tol Gombak, LLM

Artikel Lain