suria

Skrin Gergasi Di Dataran KTM Ipoh Tayang Aksi Chong Wei Malam Ini

Lee Chong Wei dengan gaya tersendiri ketika meraikan kejayaan melangkah ke final badminton perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik di Rio.

IPOH: Penduduk sekitar bandaraya ini berpeluang menyaksikan perlawanan final perseorangan lelaki antara Datuk Lee Chong Wei dan Chen Long di Dataran Stesen Keretapi (KTM) di sini.

Jurucakap Majlis Bandaraya Ipoh berkata, perlawanan di Sukan Olimpik Rio itu akan ditayangkan pada skrin gergasi LED di dataran itu bermula pukul 7.45 malam ini.

"Kami menjemput orang ramai di Ipoh untuk bersama-sama menyokong Chong Wei di Dataran KTM.

"Kami harap malam ini negara mendapat pingat emas yang dinanti-nantikan," katanya.

Jurucakap itu juga menasihatkan penonton perlawanan itu untuk tidak meninggalkan sampah di kawasan itu.

"Pastikan kebersihan sekitar dataran semasa pulang selepas menyaksikan perlawanan itu," katanya.

Dataran KTM, Ipoh, Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain