suria

Polis Buru Pesalah Lari Dari Mahkamah

Gambar Hiasan

GEORGE TOWN: Seorang pesalah yang telah dijatuhkan hukuman setelah mengaku bersalah mencuri motosikal melarikan diri daripada perkarangan mahkamah di sini Khamis lepas.

Pihak polis sedang mengesan individu tersebut Mohd Rozali Omar, 32.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pesalah itu melarikan diri ketika dibawa untuk menaiki trak polis bagi  ke penjara setelah dijatuhkan hukuman.

Beliau berkata sebelum itu Mohd Rozali mengaku bersalah kerana mencuri motosikal dan dijatuhkan hukuman setahun penjara serta denda RM3,000.

Pihaknya percaya dia masih masih berada di negeri ini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai banduan terbabit agar menghubungi pihak polis, katanya. - BERNAMA

Pesalah, Curi Motosikal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain