suria

Tiga Anggota Tentera Cedera Akibat Letupan Bahan Kimia

SEREMBAN: Tiga anggota tentera berpangkat Lans Koperal cedera akibat letupan bahan kimia ketika mengikuti kursus latihan letupan di Gemas, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Tampin Superitendan Hamazah Ab Razak yang mengesahkan perkara tersebut berkata bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang laporan rasmi diterima pihaknya.

"Masih belum ada report...tapi memang berlaku," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini, Khamis.

Dikhabarkan ketiga-tiga mangsa yang bertugas di unit 22 komando itu telah diberikan rawatan di Hospital Tentera Darat (HTD) Kem Syed Sirajuddin Gemas sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat , 3 petang semalam.

Seorang daripadanya turut dikhabarkan kritikal selepas 32 peratus badannya terbakar, manakala dua lagi, masing-masing 27 dan 10 peratus terbakar di badan, separa kritikal.-- Bernama

tentera, HTD, Tampin

Artikel Sebelum

Artikel Lain