suria

Warga Malaysia Cedera Parah Terjatuh Dari Pejabat Polis Di Hatyai

HATYAI: Seorang lelaki warga Malaysia cedera parah selepas terjatuh dari tingkat dua pejabat polis pelancong di sini kira-kira pukul 3 pagi Rabu.

Jurucakap polis tempatan berkata warga Malaysia terbabit dikenali sebagai Owi Woei Keong, 39, yang ditahan oleh anggota polis kerana mabuk dan mengganggu ketenteraman awam, sebelum dibawa ke balai polis.

"Mangsa terjatuh dari tingkat dua bangunan itu setinggi enam meter secara tiba-tiba dan mengalami kecederaan parah," katanya kepada pemberita hari ini dan menambah Owi kini dirawat di hospital berhampiran.

Warga Malaysia itu, katanya, dipercayai berada di Hatyai untuk tujuan melancong.

Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh polis tempatan, kata jurucakap polis itu.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain