suria

Ibu Jual 'Dara' Anak Dipenjara

Suami kepada wanita tersebut memberitahu media dia sanggup memaafkan isterinya itu jika dia mengakui kesilapannya.

KUCHING: Seorang wanita yang menjual keperawanan anak perempuannya berusia 13 tahun kepada seorang lelaki dengan harga RM3,000 dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada Isnin.

Wanita berusia 47 tahun itu berasal dari bandar raya Kuching, Sarawak, lapor Lianhe Wanbao pada Selasa.

Pada 17 September 2015, wanita itu meminta anak perempuannya untuk mengambil penerbangan dari Kuching ke Senai, Johor.

Dia kemudian membawa anak perempuannya itu ke sebuah hotel di Tebrau dan bermalam di sana selama tiga hari.

Pada 20 September 2015, wanita itu memberitahu anak perempuannya bahawa seorang lelaki akan masuk ke dalam bilik dan meminta dia memenuhi sebarang permintaannya.

Namun, gadis itu enggan berbuat demikian dan ibu mangsa mengarahkannya untuk memberitahu lelaki tersebut sendiri.

Selepas ibunya meninggalkan bilik itu, seorang lelaki masuk dan melakukan hubungan seks dengan gadis tersebut secara paksa, lapor China Press pada Isnin.

Sejurus selepas insiden itu, ibu gadis tersebut kembali ke bilik dan mengemas barang anaknya dan mereka pulang ke Kuching.

Pada 6 Jun 2016, gadis itu memberitahu bapanya mengenai apa yang berlaku.

Bapanya melaporkan insiden itu kepada polis yang bertindak menahan ibu mangsa pada 26 Ogos tahun lalu.

Lelaki itu memberitahu media dia dan anaknya akan memaafkan perbuatan isterinya itu jika wanita tersebut mengakui kesalahannya.

Siasatan mendapati suspek yang dikenal pasti sebagai Peter telah memberikan wang sebanyak RM3,000 kepada ibu mangsa sebelum insiden tersebut.

Suspek masih lagi bebas.

jual dara, anak perempuan