suria

Papan Tanda Jalan Utama Di Sabah Bakal Guna Dwi Bahasa

Musa Aman.

KOTA KINABALU: Sabah merancang untuk menggunakan papan tanda jalan dwi bahasa (Bahasa Cina dan Inggeris) di bandar raya itu bagi memudahkan pelancong.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman berkata papan tanda jalan dengan dua bahasa itu di beberapa jalan utama di bandar raya itu akan menggalakkan sektor pelancongan dan memupuk hubungan baik antara kaum pelbagai agama di negeri tersebut.

"Sabah menerima pelancong dari China dan dengan adanya papan tanda dwi bahasa itu berupaya meningkatkan sektor pelancongan di negeri itu," katanya ketika merasmikan Karvinal Tahun Baru Cina 2017 di Padang Merdeka di sini, Isnin.

Musa berkata rakyat perlu terus menghormati antara satu sama lain demi perpaduan, kemajuan dan pembangunan.

"Hormati antara satu sama lain. Anda hormat agama saya, saya hormat agama anda. Anda hormat budaya saya, saya hormat budaya anda. Itulah cara kita," katanya.

Karnival itu menghimpunkan kira-kira 200 gerai menjual pelbagai makanan dan minuman tradisional masyarakat Cina termasuk cenderamata.

Mereka yang mahu mencuba pelbagai jenis makanan yang disediakan bolehlah berkunjung ke karnival tersebut.




papan tanda jalan, Sabah

Artikel Sebelum

Ibu Jual 'Dara' Anak Dipenjara