suria

Pejabat KM Sarawak Nafi Catatan Media Sosial Mengenai Penurunan Kuasa

KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada Selasa menafikan ada mengeluarkan kenyataan amaran berhubung soal penurunan kuasa kepada negeri itu.

Ia merujuk kepada catatan media sosial kononnya pejabat itu telah mengeluarkan kenyataan yang, antara lain, dikatakan memberi amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak berdalih menangguhkan proses penurunan kuasa itu.

"Pejabat ini dengan tegas menafikan yang Ketua Menteri pernah membuat kenyataan sedemikian dan dengan cara sedemikian, termasuk mengenai isu-isu lain yang ditimbulkan berkaitannya," katanya dalam satu kenyataan.

Pejabat itu seterusnya menganggap kenyataan itu sebagai percubaan tidak berprinsip bagi menjejas nama baik Ketua Menteri, merosakkan hubungan baik negeri dengan Kerajaan Persekutuan, dan untuk apa-apa jua tujuan yang hanya diketahui oleh penulis catatan itu. - BERNAMA

Artikel Lain