suria

Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Ditinggal Di Stesen Bas

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki yang baharu lahir ditemui ditinggalkan di sebuah stesen bas dekat Hospital Sultanah Bahiyah, pagi Ahad.

Bayi yang badannya ditutup dengan tuala putih ditemui orang awam pada kira-kira pukul 6.40 pagi.

Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada pengawal bertugas di pintu masuk utama hospital, sebelum ambulans ke tempat kejadian.

Difahamkan bayi tersebut dibawa ke zon merah unit kecemasan untuk diberikan rawatan.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui dalam keadaan bersih.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama bayi berkenaan.

Artikel Lain