suria

Isu Dobi: Apa Kata Ustaz

PETALING JAYA: Was-was dan najis dilihat secara nyata adalah dua faktor utama dari segi hukum syarak dan fiqah yang wajar dipertimbangkan umat Islam melibatkan aspek kebersihan dalam menjalani kehidupan seharian.

Penceramah bebas, Ustaz Dr Shauqi Othman tampil menjelaskan bahawa tidak timbul masalah dalam soal berkongsi mesin dobi layan diri antara umat Islam dan bukan Islam.

"Selagi tiada najis yang dilihat secara nyata dan tidak timbul anggapan pakaian orang bukan Islam itu terkena najis, oleh itu tidak menjadi masalah untuk umat Islam berkongsi mesin dobi layan diri itu," katanya kepada mStar Online.

Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, ajaran Islam sebenarnya mudah kerana hukum fiqah tidak berdasarkan andaian seseorang tetapi sesuatu yang dilihat dengan nyata. 

Katanya, anggapan sesetengah pihak bahawa pakaian orang bukan Islam mungkin bercampur dengan najis tidak sepatutnya berlaku kerana ia juga boleh menimbulkan prejudis.

Terdahulu tular mengenai dobi layan diri di Muar yang mendakwa dobi berkenaan dikhaskan kepada pelanggan Islam saja.

Ia berdasarkan sekeping daripada dua keping gambar tertera perkataan Untuk Pelanggan Beragama Islam Sahaja dan Kasut Sila Tanggalkan Diluar.

Tindakan itu mendapat campur tangan Sultan Ibrahim yang menitahkan agar dobi kontroversi tersebut menghentikan diskriminasi atau berdepan risiko ditutup oleh baginda.

dobi layan diri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain