suria

Kematian Empat Beranak Akibat Masalah Kewangan

Sepasang suami isteri bersama dua anak ditemui mati di kediaman dua tingkat mereka di Rini Residence, Mutiara Rini pada Jumaat lalu. fotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Pihak polis tidak menolak kemungkinan kematian suami isteri dan dua anak mereka di rumah mereka di Rini Residence, Mutiara Rini di sini pada Jumaat lalu mempunyai kaitan dengan masalah kewangan dan penyakit yang dihadapi si isteri tersebut.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan penuh bagi menyokong siasatan berhubung punca kejadian berkenaan.

"Setakat ini pihak polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah lain hasil pemeriksaan dan siasatan di tempat kejadian. Siasatan awal mendapati terdapat dua isu berhubung kejadian berkenaan, yang pertama adalah disebabkan faktor tekanan kewangan dan kedua adalah kerana keadaan si isteri yang tidak sihat.

“Bagaimanapun kita masih menunggu laporan penuh bagi menyokong andaian tersebut," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau menyerahkan bendera kepada pasukan bola sepak kontinjen polis Johor yang akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2017 di Selangor dari 9 hingga 15 Oktober ini.

Dalam kes itu, si suami yang berumur 53 tahun ditemukan mati tergantung di dalam rumah manakala anak lelakinya yang berumur 14 tahun dan anak perempuannya yang berumur 9 tahun ditemukan mati dengan kesan jerut.

Si isteri tersebut yang berumur 46 tahun pula dipercayai sakit dan ditemukan mati di atas katil. - BERNAMA

kematian, bunuh diri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Awas Racun Bernyawa

Artikel Lain