suria

‘Datuk Seri’ Pukul Rela Positif Dadah

KUALA LUMPUR: Individu bergelar 'Datuk Seri' yang terlibat dalam kes serangan melibatkan tiga anggota Rela (Rela) disahkan positif ujian dadah dan mempunyai rekod terdahulu untuk kesalahan yang sama, kata Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata,  Nicky Liow (gambar) yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 29 tahun itu mempunyai rekod polis atas kesalahan penggunaan dadah.

Seorang anggota Rela, Ranbo Lee menunjukkan matanya yang lembam selepas dikasari seorang individu bergelar 'Datuk Seri'.

"Kita juga akan melihat aspek lain untuk mengetahui sama ada dia terlibat dalam aktiviti haram," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Deepavali yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini.

Noor Rashid turut berkata, pihak polis akan menyiasat kesahihan gelaran 'Datuk Seri' suspek seperti yang diminta oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Datuk Seri, Rela

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

“Lebih Baik Pilih Diam”

Artikel Lain