KUALA NERANG: Seorang warga emas dari Kampung Masjid Lama menderita dengan penyakit misteri. Abdullah Yunus, 71, memberitahu buah zakar membesar seperti saiz buah kelapa. "Saya berdepan dengan penyakit itu selepas mengalami demam. Buah zakar saya mengalami gagal dan bertukar kepada merah. "Selepas tiga bulan, saya mengalami kesukaran untuk berjalan dan terpaksa pergi ke Hospital Alor Setar. "Doktor mencadangkan supaya pergi ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan," jelasnya ketika ditemui Bernama. Namun bapa kepada tiga orang anak itu terpaksa membatalkan pembedahannya kerana masalah kewangan dan pengangkutan yang bersesuaian. Dia dan anaknya, Ishak memohon bantuan orang ramai.