KEMESRAAN keluarga besar ini berjaya membuatkan ramai pengguna media sosial sebak dan terharu.
Sungguhpun tujuh adik-beradik ini sudah berusia dan memiliki keluarga sendiri, memori silam makan bersuap ketika zaman kanak-kanak menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Lebih manis apabila perkara itu dilakukan semula ketika selurah kaum keluarga berkumpul bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kekeluargaan.