suria

Lori Pasir Terbalik Punca Jambatan Pulau Pinang Sesak

GEORGE TOWN: Sebuah lori yang membawa pasir terbalik di Jambatan Pulau Pinang sekaligus menghalang laluan di lebuh raya itu sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas menghala ke pulau itu.

Insiden yang terjadi pada pukul 11.15 pagi Selasa itu berlaku di KM7.6 dan menurut sumber dari Plus Malaysia Berhad, lori tersebut melanggar pagar penghadang jalan sebelum terbalik.

"Kemalangan itu menyebabkan pasir tumpah di kedua-dua aliran trafik," katanya.

Ketua Polis Seberang Prai Sentral Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dan kedua-dua laluan terpaksa ditutup untuk pembersihan.

"Keadaan trafik di kedua-dua arah jambatan bergerak perlahan," kata beliau sambil memberitahu setakat pukul 12.30 hari Isnin, kerja-kerja pembersihan masih dilakukan.

Jambatan Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain