suria

Hentak Hidangan Punca Pelanggan Mabuk Naik Angin

SEBUAH video yang menunjukkan pergaduhan tercetus di sebuah medan selera di Taman Sentosa, Johor Bahru dikatakan berpunca dari layanan kurang memuaskan pelayan restoran.

Pergaduhan itu timbul ketika pelayan restoran itu dikatakan menghentak hidangan makanan ke atas meja pelanggannya yang juga pada ketika itu berada dalam keadaan mabuk.

Berikutan insiden itu, seorang lelaki ditahan manakala beberapa yang lain diburu polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

gaduh, Taman Sentosa, Medan Selera

Artikel Lain