IPOH: Seorang bayi berusia enam bulan yang maut di Manjung pada awal Sabtu kerana disyaki didera mungkin mengalami cedera teruk beberapa hari sebelum dihantar ke hospital. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner, Yahya Abd Rahman berkata, siasatan awal menemukan terdapat beberapa luka lama pada badan bayi yang dipercayai disebabkan oleh penderaan fizikal. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa, Pengasuh Ditahan "Kami mengesyaki penderaan itu mungkin berlaku sudah lama berdasarkan kepada kesan cedera ini. "Bayi itu hanya dihantar ke hospital apabila kecederaan menjadi lebih serius," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Polis ke-211 di sini, Ahad. Yahya berkata, bayi perempuan tersebut meninggal dunia pada pukul 6.45 pagi Sabtu selepas mengalami koma. "Kami mengklasifikasikan semula kes ini sebagai kes pembunuhan bukan penderaan kanak-kanak," katanya. Yahya menambah bahawa empat suspek termasuk ibu bapa dan pengasuh bayi itu, berusia antara 25 dan 35 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.