suria

"Saya dah lama keluar Umno"

Rafidah ketika menyampaikan ucapan di pentas ceramah pembangkang di Taman Tun Dr Ismail pada Sabtu.

HULU KELANG: Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rafidah Aziz sempat mencuit isu berkaitan pemecatan beliau serta seorang lagi tokoh Umno, Tun Daim Zainuddin, ketika berucap di program Malam Semarak Tsunami Rakyat, Ahad malam.

"Yang saya gembiranya, saya ni bukan dipecat, sebenarnya saya dah lama keluar Umno cuma tak hebah je.

"Kalau baca di Facebook saya, takkan tak nampak tu, takkan nak pergi umum (saya) dah keluar Umno.

"Tapi mereka tak check (periksa) ni, aku (Tengku Adnan) nak tendang kau keluar (Umno), konon dapat point (bersebab) la sikit. Teruk (Tengku Adnan) kena marah kan? Lantak dia lah," katanya kepada hadirin yang hadir.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, kedua-dua tokoh berkenaan digugurkan keahlian Umno sejak Jumaat lalu sementara seorang lagi tokoh Umno, Tan Sri Dr Rais Yatim pula disiasat.

Tindakan berkenaan diputuskan setelah ketiga-tiga mereka dilihat memberi sokongan kepada pembangkang selain mengeluarkan kenyataan menghentam parti.-SinarHarian


Rafidah, Umno, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain