suria

Pekan kekal milik Najib, Zahid menang di Bagan Datuk

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid masing-masing mengekalkan kerusi Parlimen Pekan dan Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ia berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada awal pagi Khamis. 

Najib yang juga Presiden Umno, setakat ini meraih majoriti besar sebanyak 24,859 undi menewaskan pencabar terdekatnya Ahiatudin Daud dari PAS yang memperoleh 18,995 undi, Zahid Mat Arip  dari PKR (7,662 undi) dan calon bebas, Datuk Padukan Abd Kadir (103 undi) dalam pertembungan empat penjuru itu.

Ahmad Zahid berada di PWTC, tempat pemimpin BN berkumpul untuk ikuti keputusan PRU14. - Bernama 

Najib mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Presiden Umno yang dicabar calon PKR, Datuk Pakhrurrazi Arshad dan calon PAS, Datuk Ata Abdul Muneim Hasan Adli berjaya mengatasi saingan itu.

Ahmad Zahid menang majoriti undi sebanyak 18,909, manakala Pakhrurrazi meraih 13,836 undi dan Ata Abdul Muneim pula 4,061 undi.

Selain itu, beberapa anggota Kabinet lain juga telah mengekalkan kerusi yang ditandingi seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Batang Lupar), Nancy Shukri (Batang Sadong) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya).

Laporan penuh menyusul.

PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain