suria

Senarai penuh Kabinet dijangka umum minggu ini - TPM

Dr Wan Azizah Wan Ismail. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Pengumuman senarai penuh barisan Kabinet boleh berlaku menjelang akhir minggu ini, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin.

"Saya bertanya soalan ini kepada Perdana Menteri (hari ini) dan beliau mengatakan ia (pengumuman Kabinet baharu) akan mengambil sedikit masa, kemungkinan besar menjelang akhir minggu ini," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita ketika ditanya mengenai senarai penuh Kabinet.

Pada masa ini, seramai 14 anggota Kabinet yang pertama diumumkan pada 18 Mei lalu, dan kerajaan baharu Pakatan Harapan masih belum mengumumkan bakinya, yang dijangka terdiri daripada sekurang-kurangnya 25 anggota.

Dr Wan Azizah berkata, penyenaraian anggota kabinet dan pengumuman senarai baru itu akan dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kabinet, Dr Wan Azizah

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan