PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai ditikam saudara yang bertandang ke rumahnya di Taman Kepong, lewat malam Isnin. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah oleh neneknya. "Suspek yang juga saudara mangsa datang ke rumah keluarga terbabit di Tama Kepong untuk bermain dengan mangsa. Siasatan oleh doktor mendapati terdapat 30 kesan tikaman pada badan. "Selepas dimaklumkan mengenai insiden itu, sepasukan polis datang ke lokasi kejadian dan suspek berusia 21 tahun ditahan. "Kami masih mengenal pasti punca insiden itu," katanya. Munusamy berkata polis akan melakukan semakan sama ada suspek mempunyai sejarah penyakit mental. "Ketika mangsa ditemui, suspek masih bermain di dalam rumah bersama bayi lain," katanya. Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).