suria

Najib mungkin didakwa pecah amanah

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun  Abdul Razak kemungkinan akan didakwa kerana kesalahan jenayah pecah amanah, demikian menurut sumber.

Dakwaan itu di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan:

409.Barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta, atau kawalan terhadap harta, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam atau ejen telah melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dengan hukuman sebatan dan denda.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan Najib akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pukul 8.30 pagi Rabu.

Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta pukul 2.30 petang ini.

Bagaimana pun SPRM tidak mendedahkan dakwaan terhadap Najib, namun dijangka ia berkaitan dengan siasatan kes SRC Internasional.

Najib, SPRM, pecah amanah

Artikel Sebelum

Najib bermalam di lokap SPRM

Artikel Lain