suria

PRK Sg Kandis: PH dah ada calon

Amirudin bercakap kepada pemberita elepas menghadiri Program Menyantuni dan Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat Dun Sungai Kandis yang berlangsung di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Jawa, Rabu. Foto K K SHAM/The Star

KLANG: Pakatan Harapan (PH) sudah menetapkan calon yang bakal bertanding pada PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos depan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, menerusi Mesyuarat Biro Politik Pusat pada Selasa, PH secara konsensus telah membuat keputusan berhubung pemilihan calon berkenaan bagi mewakili gabungan itu.

"Kalau sudah dibenarkan dan dah dimuktamadkan (pemilihan calon), kita akan umumkan sama ada esok atau lusa.

"Biarlah presiden sendiri yang umumkan mengenai calon tersebut,"katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Menyantuni dan Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat Dun Sungai Kandis yang berlangsung di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Jawa, Rabu.

Sebelum ini, kerusi Dun Sungai Kandis kosong susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia berikutan penyakit kanser limfoma.

Ketika ditanya mengenai pertembungan dalam PRK Sungai Kandis kali ini, Amirudin memaklumkan PH akan cuba untuk berdepan dengan pelbagai situasi bagi mengekalkan kemenangan di kerusi tersebut.

"Kalau straight fight, kita akan lawan.Kalau jadi seperti PRU14 lepas pun, kita akan berdepan.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita perlu bersiap sedia untuk mengekalkan kemenangan di kerusi ini," katanya. - Sinar Harian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan