suria

Menteri Pengangkutan tolak hadiah dua telefon pintar

Kiri: Huawei P20. Kanan: Nova 3i.

KUALA LUMPUR: "Saya tidak boleh terima ini. Ini lebih daripada RM500." Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (gambar) ketika dihadiahkan dua telefon pintar pada pelancaran perkhidmatan e-hailing, Selasa.

Loke ditawarkan telefon Huawei P20 handphone dan Huawei Nova 3i selepas majlis tersebut.

Memetik laporan The Star, gajet berkenaan bernilai lebih RM4,000.

Kemudian, dalam satu sidang media, Loke berkata para menteri harus mengotakan janji dan menolak pemberian hadiah sewaktu dijemput menghadiri majlis pelancaran.

"Kami harus mengotakan janji dan tidak menerima hadiah penghargaan seperti itu. Kami tidak memerlukan penghargaan sebegitu," kata beliau.

Kata Loke, tindakan itu adalah polisi dalam kerajaan Pakatan Harapan.

"Saya ingin mengingatkan penganjur acara untuk tidak memberikan saya hadiah. Saya tidak perlukan hadiah seperti ini.

"Jemput sahaja saya dan saya akan hadir untuk merasmikan majlis," tambah Loke.

Pada 8 Jun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan tentang polisi tiada hadiah diberikan kepada menterinya dan setiausaha politik mereka.

Artikel Lain