PETALING JAYA: Satu siasatan akan dibuat ke atas dakwaan mengenai tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pegawai pengiring Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. "Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap amalan dan peraturan sedia ada," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Sabtu. Beliau mengulas laporan Malaysiakini dengan mengatakan bahawa ketiga-tiga anggota keselamatan itu masih menjadi pegawai pengiring Hishammuddin. Terdahulu, portal tersebut melaporkan tiga pegawai tersebut adalah dua anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dan seorang komando. Portal itu mendakwa dua anggota Paskal masih berkhidmat dengan tahun akhir khidmat pada 2020 dan 2021.