suria

Anggota ATM: “Mereka cukup rapat dengan saya sekeluarga, mereka ditawar kerja”

Hishammuddin Tun Hussein.

PETALING JAYA: Tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih menjadi pengiring Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah diberikan tawaran pekerjaan, kata bekas menteri pertahanan itu pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasat dakwaan 3 anggota ATM jadi pengiring Hishammuddin - Mat Sabu

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya ketiga-tiga mereka perlu berhenti dari ATM serta-merta sekiranya mereka menerima tawaran itu.

"Mereka cukup rapat dengan saya sekeluarga dan telah berkhidmat sekian lama," kata Hishammudin di laman sosial Facebooknya pada malam Sabtu.

Beliau menambah, dua anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dan seorang komando yang bekerja sebagai pengiringnya hanya bekerja sementara.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, siasatan akan dijalankan terhadap dakwaan tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih berkhidmat sebagai pegawai pengiring Hishammuddin.

Artikel Lain