JABATAN Bomba dan Penyelamat Sarawak menangkap seekor buaya yang terperangkap di dalam longkang di kawasan perumahan Demak Baru di Kuching. Pasukan dari balai bomba Petra Jaya mengambil masa sejam untuk mengikat dan mengangkat buaya itu pada pagi Jumaat. Ketuanya, Tan Min Chai berkata, jabatan itu menerima panggilan kecemasan mengenai haiwan reptilia tersebut pada pukul 9.50 pagi. "Setibanya kami di lokasi kejadian, kami menemui seekor buaya besar, sepanjang kira-kira 3 meter, terperangkap di dalam longkang. "Kami percaya buaya ini dari sungai berdekatan, kerana paras air naik sejak beberapa hari lalu. "Kami rasa ia tersesat atau mencari makanan atau sarangnya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Tambah Min Chai, jabatan itu menghubungi Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk mengambil buaya itu untuk tindakan lanjut. "Kita akan memindahkannya ke balai bomba Petra Jaya, sementara menunggu pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak," katanya. - The Star