LAMAN media sosial Facebook dan Instagram dan WhatsApp mengalami masalah teknikal di seluruh dunia. Pengguna media media sosial ini gagal untuk mengakses atau memuat naik sebarang status atau gambar. Aplikasi Whatsapp juga dilaporkan turut terjejas apabila pengguna mengalami masalah untuk menghantar foto dan video. Gangguan itu dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector.com pada hari kejadian berkenaan, laporan tertinggi turut dicatatkan daripada pengguna di Amerika Utara, Asia dan Eropah. WhatsApp dan Instagram adalah milik Facebook.