suria

Koronavirus: Rakyat Malaysia dedah ‘terperangkap’ di Wuhan

Soares Chen.

SEORANG lelaki rakyat Malaysia yang tiba di Wuhan, China pada 19 Januari lalu untuk perjumpaan bersama keluarga isterinya sempena Tahun Baru Cina, menceritakan pengalaman 'terperangkap' di rumah mereka di sana.

Walaupun penduduk di Wuhan dibenarkan berada di luar rumah, Soares Chen berkata, mereka tidak dibenarkan memandu dan tiada pengangkutan awam.

Menurutnya, mereka menghabiskan masa sepanjang hari di rumah, menonton TV dan melayari Internet.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Rakyat Malaysia di Wuhan selamat, kedutaan sentiasa pantau situasi

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan gantung serta merta visa rakyat China dari Wuhan, Hubei

Chen yang dibesarkan di Pulau Pinang, menetap di Leipzig, Jerman dan membabitkan diri dengan bahasa pengaturcaraan.

Menerusi siri tulisannya di laman Twitter, Chen memberitahu, dia kini dalam keadaan sihat tetapi berada di bawah perintah berkurung di Wuhan.

"Saya berkongsi beberapa pandangan saya sendiri mengenai koronavirus daripada perspektif lokasi kejadian," katanya.

Chen berkata, dia menaiki penerbangan ke Wuhan berdasarkan laporan bahawa tidak diketahui mengenai penularan dari manusia kepada manusia.

Tambah Chen, dia memahami kemungkinan kesannya lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan untuk melarikan diri dari bandar tersebut pada masa ini kerana terdapat risiko membawa virus ke tempat lain atau dijangkiti semasa perjalanan keluar.

"Tindakan terbaik adalah untuk berada di rumah dan meminimumkan risiko dijangkiti," katanya.

Katanya, penduduk tempatan tidak begitu bimbang mengenai virus itu sendiri tetapi sebaliknya adalah 'ketidakcekapan' kerajaan dalam menangani wabak tersebut.

"Sejak perintah berkurung, semua orang terperangkap di rumah dan tidak tahu apa yang berlaku di bandar," kata Chen yang kini berada di rumah mentuanya.

Dia turut menyebut mengenai kekurangan makanan, yang mana orang ramai hanya panik untuk bekalan makanan. 

"Tetapi saya tidak pergi ke pasar jadi saya tak dapat mengesahkannya sendiri," katanya.

Chen berkata, khabar angin mengenai hospital yang penuh sesak menakutkan orang ramai.

"Apa yang paling dibimbangkan sekarang ialah sama ada kita boleh mendapatkan diagnosis dan rawatan di hospital sekiranya kami dijangkiti," katanya.

"Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang apa yang berlaku di Wuhan sekarang untuk membuat keputusan yang tepat. Kami mempunyai hak untuk mengetahuinya demi keselamatan kami sendiri, "katanya. - The Star

Wuhan, Soares Chen, China, koronavirus

Artikel Lain