suria

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

Dr Azizan komited membimbing anak didik untuk berjaya terutama dalam bidang perniagaan meskipun seluruh dunia kini dilanda wabak Covid-19.

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Justeru, kerajaan mengisytiharkan Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac, bagi mengekang penularan Covid-19.

Perintah Kawalan Pergerakan itu antaranya meliputi larangan mengadakan perhimpunan ramai di seluruh negara.

Ramai yang menyambut baik perintah tersebut termasuk Pakar Pemasaran No.1 Asia dan Mentor Keusahawan, Dr Azizan Osman yang terlebih dahulu menyahut saranan kerajaan untuk membatalkan perhimpunan secara besar-besaran.

Dengan kredibilitinya dan pengalaman yang banyak, Dr Azizan mempunyai keupayaan unik untuk membimbing anak didiknya sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam perkembangan diri atau perniagaan.

Aura Dr Azizan sebagai mentor keusahawanan menarik perhatian ramai peserta.

Maka tidak hairanlah setiap kali program atau seminar motivasi yang dianjurkan oleh beliau, ia pasti dihadiri ribuan peserta malah sold out bak pisang goreng panas!
 
Berdasarkan situasi semasa, Dr Azizan yang juga Pengerusi dan Master Coach RichWorks International mengambil pendekatan berbeza tanpa membatalkan program berkenaan.
 
“Setelah melihat keadaan penularan wabak Covid-19 semakin serius di seluruh dunia dan juga di Malaysia, kami menyahut gesaan kerajaan untuk membatalkan sebarang perhimpunan secara besar-besaran.
 
“RichWorks yang dijadualkan untuk mengadakan Program Zero To Million yang bakal dihadiri 2,000 peserta pada 13 hingga 15 Mac di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, Selangor mengambil keputusan drastik untuk mengadakan program tiga hari itu secara online sepenuhnya,” katanya.

Walaupun hanya duduk dalam studio, Dr Azizan mampu menjadikan suasana seminar online seperti dalam dewan besar.

Bagi Dr Azizan yang mengharumkan nama Malaysia menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini, beliau tidak mahu menangguhkan misi peserta untuk mencipta kejayaan.

Malahan, suntikan semangat itu juga berpegang kepada nilai yang diamalkan Dr Azizan bersama pasukan RichWorks iaitu ‘Setiap hari adalah peluang untuk buat lebih baik dan jadi insan yang bermanfaat kepada lebih ramai orang’.
 
Hampir 90 peratus persiapan telah dibuat termasuk pemasangan audio dan visual, serta segala persediaan Dr Azizan dan pasukan RichWorks untuk menjayakan program tiga hari itu terpaksa diubah pada saat akhir.

Menurut Dr Azizan, beliau sanggup menanggung kos dan kerugian menyewa dewan, kerana tidak mahu ribuan pesertanya menghadapi risiko jangkitan penyakit.

“Jika saya ada pilihan, saya pastinya lebih suka mengajar di atas pentas yang luas dan bebas di dalam dewan bersama anda beribu orang... bukan di ruang kecil dan sempit yang tidak boleh bergerak ini!

“Tetapi kami akur dengan panduan cadangan dan saranan kerajaan agar tidak berhimpun beramai-ramai,” kata Dr Azizan yang juga merupakan anak Melayu tempatan sulung yang mendapat anugerah global Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena Persidangan Industri Pemasaran dan Pengiklanan Dunia, MADcon: Global Marketing Conference (MADcon Dubai 2019).

Persiapan seminar Zero to Million secara dalam talian.

Seminar yang disampaikan oleh Dr Azizan secara dalam talian tidak kurang hebatnya, kerana aura mentor keusahawanan tersohor itu seperti berada di dalam dewan besar.

“Ramai yang memberikan komen betapa bagusnya belajar melalui online. Lebih fokus, lebih intensif dan rasa macam berdepan satu sama satu dengan saya. 

“Sudah tentu best! Ini zaman digital, anda semua menghadap phone pun boleh layan lama,” katanya.

Menerusi program selama tiga hari secara dalam talian itu, Dr Azizan akan mengajar sepenuhnya bermula dari pagi hingga malam.

Seperti yang dijangka, para peserta begitu teruja kerana memberi banyak pengalaman yang berbeza dari segi audio dan visual.

Pasukan RichWorks berganding bahu menjayakan seminar online Zero to Million. 

Walaupun tidak bergerak bebas seperti di dalam dewan besar, Dr Azizan yang mengendalikan seminar secara dalam talian dengan hanya duduk di dalam studio masih memberi impak yang sama dan mempunyai aura tersendiri.

Sambutan terhadap seminar dalam talian yang dibuat Dr Azizan begitu menggalakkan sehingga mendapat banyak permintaan daripada orang ramai.

Susulan sambutan yang amat baik itu, RichWorks akan mengadakan seminar online sekali lagi pada 27 hingga 29 Mac ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi menerusi aplikasi www.richworks.com/wasap

Berikut merupakan antara testimoni para peserta seminar online Zero To Million:


Testimoni satu.


Testimoni dua.


Testimoni tiga.

Testimoni empat.

Artikel Lain