suria

PKP fasa 2: Hanya seorang dalam satu kenderaan... sekatan jalan raya, plaza tol lebih banyak

Pada Ahad sahaja, seramai 828 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ingkar arahan PKP. fotoBERNAMA

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua bermula 1 April sehingga 14 April ini akan diperketatkan.

Ia termasuklah dari segi sekatan jalan raya, ketetapan bagi kenderaan persendirian dan pengecualian sekatan riadah untuk golongan autisme dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

ARTIKEL BERKAITAN: PKP fasa 2 lebih ketat! Pasar raya, restoran dan bisnes lain diarah tutup pukul 8 malam

"Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja, iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.

"Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian.

"Kelonggaran akan diberi kepada golongan autisme, OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar, dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan," kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tambahnya, sekatan di 23 plaza tol sebelum ini akan ditingkatkan kepada 65 dan ditambah kepada 114 plaza tol di seluruh negara pada 1 April nanti.

Ia bagi mengurangkan pergerakan keluar orang ramai memandangkan pada Ahad sahaja, seramai 828 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ingkar arahan PKP.

"PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah mengadakan sebanyak 1520 Sekatan Jalan Raya dan melakukan pemeriksaan lebih 257,287 kenderaan.

"Sekatan Jalan Raya di plaza tol di seluruh negara, ditambah dari 23 kepada 65 dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol.

"Jumlah keseluruhan anggota yang bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,774," ujarnya lagi.

Tambah Ismail, kerajaan juga mempunyai lebih ramai anggota simpanan melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) jika khidmat mereka diperlukan pada fasa kedua kelak.

PKP 2, sekatan, jalan raya, plaza tol, autism, OKU

Artikel Lain