suria

WHO jangka kes Covid-19 di Malaysia capai puncak pertengahan April, pesakit kritikal bertambah minggu depan

JUMLAH kes koronavirus di negara ini dijangka mencapai ke puncak pada pertengahan April, selain ada petanda lengkok jangkitan  mendatar, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi jangkitan di Asia Tenggaran dengan 2,908 kes. Situasi itu membuatkan kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan virus itu.

"Berdasarkan data yang diperoleh, Pejabat Negara WHO menjangkakan Malaysia menunjukkan bilangan kes yang dimasukkan ke hospital mencapai tahap puncak pada pertengahan April," kata Ketua Misi dan Wakil WHO di Malaysia, Brunei dan Singapura kepada Reuters menerusi emel.

Bilangan pesakit kritikal juga dijangka mencapai ke tahap tertinggi pada minggu hadapan, katanya sambil menambah jangkaan WHO itu mungkin berubah.

"Adanya tanda awal lengkok graf mendatar, tetap ia mungkin melonjak naik jika langkah kawalan ditarik balik dan jika orang ramai tidak mematuhi arahan ditetapkan," kata Lo.

Setakat Rabu, Malaysia mencatatkan 45 kematian dan kadar jangkitan terbaharu menurun susulan kawalan pergerakan.Ketika ini, Malaysia meningkatkan kapasiti ujian Covid-19 kepada 7,000 sehari berbanding 3,500 minggu lalu.- Reuters

Covid-19, WHO

Artikel Lain