suria

43 rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal kembali ke tanah air, hanya sejumlah masih tinggal atas kehendak sendiri

Seramai 43 rakyat Malaysia yang terkandas di Nepalselamat dihantar pulang ke tanah air pada 4 April lalu. Foto: India Today

KEDUTAAN Malaysia di Nepal mengesahkan seramai 43 rakyat Malaysia yang terkandas di negara tersebut disebabkan sekatan perjalanan akibat Covid-19,  selamat dihantar pulang ke tanah air pada 4 April lalu.

Menurut Ketua Canseri dan setiausaha III kedutaan, Albony Basir berkata kesemua mereka dibawa pulang melalui penerbangan sewa khas Malindo Air.

ARTIKEL BERKAITAN" 8 rakyat Malaysia disyaki peserta perhimpunan tabligh di India ditahan cuba terbang pulang ke Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Umpama bom jangka! Perhimpunan tabligh Nizamuddin punca merebak Covid-19 di India

"Sehingga kini, sejumlah kecil rakyat Malaysia masih berada di Nepal atas kehendak sendiri,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Laporan media antarabangsa menyebut kerajaan Nepal memutuskan untuk melanjutkan 'lockdown' di seluruh negara sehingga 27 April, di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19.

Sehingga kini Nepal mencatatkan 16 kes jangkitan.Ini merupakan perintah lanjutan yang ketiga sejak lockdown dikuat kuasa pada 24 Mac.

Semua penerbangan komersial juga ditangguhkan sehingga 30 April. - BERNAMA

Nepal, Malaysia, Malindo, lockdown

Artikel Lain