SEORANG kakitangan RHB Banking Group (RHB) disahkan positif Covid-19.
RHB Banking Group (RHB) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, pekerja tersebut adalah dari RHB cawangan Simpang Tiga, Kuching.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua staf CIMB Seremban positif Covid-19 selepas pulang dari Indonesia
Dia disahkan positif Covid-19 pada 25 April dan ketika ini sedang menjalani kuarantin.
Cawangan bank yang terjejas itu turut ditutup sementara dan akan menghentikan operasi sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
“Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman akan dijalankan di cawangan itu mengikut garis panduan daripada Kementerian Kesihatan, ”kata RHB dalam kenyataan itu.
Sebagai langkah pencegahan, pekerja-pekerja bank berkenaan yang mempunyai kontak rapat dengan petugas yang dijangkiti virus itu sedang menjalani kuarantin di rumah.
Bank berkenaan telah melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, petugas dan masyarakat. - BERNAMA