KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberi saranan kepada orang ramai agar tidak menyentuh mata kerana ia boleh menjadi laluan kepada penularan virus Covid-19. Bagi mengelakkan hal itu, dia turut menggesa orang ramai patuh saranan asas lain seperti menjaga jarak sosial, pemakaian topeng wajah dan mengutamakan kebersihan tangan.ARTIKEL BERKAITAN: Bersesak beli keperluan hari raya? Jika ingkar SOP, pertimbang tindakan penguatkuasaan bersepadu - Dr Noor Hisham "Virus tersebut akan masuk dalam tubuh kalau sentiasa menggosok mata kita ataupun menerusi jangkitan pada tangan kita dan kemudian kita sentuh pada muka dan sebagainya. "Apa yang kita sarankan, sentiasa ada penjarakkan sekurang-kurangnya satu meter, jadi kita dah ada satu benteng untuk elak dijangkiti. "Yang kedua kalau di khalayak ramai, pakai topeng muka, pastikan sentiasa cuci tangan dan jangan sentuh mata dan muka," ujarnya. Kata Dr Noor Hisham, saranan itu ditujukan buat semua untuk diamalkan. Tambahnya lagi, segalanya bergantung atas individu untuk menjaga diri masing-masing, keluarga, dan masyarakat.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!