ORANG ramai diminta untuk berhenti menyebarkan berita palsu mengenai status kesihatan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pejabat mantan perdana menteri itu dalam satu kenyataan menafikan berita yang tular mengenai Abdullah baru-baru ini. Kenyataan tersebut turut mengesahkan Abdullah berada dalam keadaan yang sihat. ARTIKEL BERKAITAN: Lagi berita palsu kematian Pak Lah, laporan polis akan dibuat esok "Untuk makluman, beliau berada dalam keadaan yang sihat walafiat bersama keluarga," demikian menurut kenyataan tersebut pada Jumaat. Ia turut menyatakan kekesalan kerana berita palsu mengenai Abdullah terus tersebar walaupun setelah laporan polis dibuat pada 10 Ogos. "Kami berharap masyarakat dapat mengesahkan maklumat sahih dari pihak berkuasa yang berkenaan," katanya. Abdullah, 81, berkhidmat sebagai Perdana Menteri kelima dari tahun 2003 hingga 2009. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!