suria

Polis diberi kuasa tangkap 400 penduduk Medan 88 yang hilang - “Proses mengesan lebih mudah kerana majikan terlibat...”

Penduduk di kawasan Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dipasang kawat duri berikutan pelaksanaan PKPD dibenarkan bergerak seperti biasa di dalam kawasan tersebut kerana aktiviti perniagaan boleh dilakukan seperti biasa semasa tinjauan di sekitar kawasan itu pada Khamis. - fotoBERNAMA

ARAHAN tangkap sudah dikeluarkan terhadap kira-kira 400 penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang yang tidak pulang ke kediaman masing-masing selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi mengesan individu terbabit lebih mudah kerana ada majikan yang terlibat.

"Kita dah putuskan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), setuju beri arahan kepada Polis Diraja Malaysia untuk mengesan dan menangkap mereka yang terlibat.

"Ramai pekerja lari. Jadi lebih mudah untuk mengesan mereka sebab ada majikan terlibat. Ada diantara mereka bawa bas. Mereka bersubahat dengan pekerja untuk dibawa keluar," katanya pada sidang media petang Khamis.

Jelas beliau lagi, tindakan tegas akan diambil terhadap majikan yang bersubahat dengan pekerja terlibat.

"Tindakan boleh diambil bukan saja terhadap pekerja yang lari tetapi majikan yang bersubahat.

"Tindakan mereka menyusahakan pihak penguatkuasan malah boleh membahayakan nyawa orang lain," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Mohamad Zain A. Hamid meminta bantuan polis untuk mengesan seramai 400 penduduk di Medan 88, Sepng yang hilang selepas mendapat maklumat kawasan itu dipasang kawat berduri bagi pelaksanaan PKPD.

Katanya, kehilangan mereka terbongkar hasil temu ramah bersama penghuni yang memaklumkan ada rakan serumah atau ahli keluarga mereka yang tidak pulang sebaik sahaja mengetahui kawasan itu akan dikenakan PKPD.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan