suria

Covid-19: Ketua Polis PJ sekali lagi kuarantin kendiri

Nik Ezanee menjalani kuarantin kendiri.

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal sekali lagi menjalani kuarantin diri, selepas menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19.

Menerusi satu mesej kepada media pada Jumaat, Nik Ezanee berkata, beliau menjalani kuarantin di rumah sehingga 23 November depan selepas mempunyai kontak rapat dengan seorang tahanan positif Covid-19 ketika melakukan lawatan ke sebuah lokap.

"Ini adalah tugas saya untuk menguruskan semua tujuh lokap di bawah bidang kuasa saya, yang memerlukan lawatan berterusan.

"Selain melakukan kawalan dan melaksanakan reman, kesejahteraan OKT juga diambil kira," katanya.

Tambah Ezanee, ujian saringan Covid-19 dilakukan pada pagi Jumaat, dan keputusan masih belum diterima.

Ia merupakan kali kedua Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu menjalani kuarantin kendiri dalam tempoh dua bulan.

Pada Oktober lalu, Ezanee menjalani kuarantin kendiri selama tiga hari selepas mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19.

Beliau kemudian kembali bertugas selepas kontak rapatnya itu disahkan negatif Covid-19. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain