suria

PKPD: 13 penghuni di Medan 88 berjaya dikesan, sudah tampil jalani saringan Covid-19

Penduduk di kawasan Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dipasang kawat duri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Foto: Bernama

SERAMAI 13 penghuni yang disyaki melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, di Bandar Baru Salak Tinggi, sudah berjaya dikesan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed kesemua individu telah tampil menjalani saringan Covid-19.

"Majoriti penduduk di kawasan itu bekerja syif, mereka tidak dapat pulang ke rumah apabila kawasan tersebut dilaksanakan PKPD," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Wan Yusof sebelum ini memaklumkan, setakat pukul 9 malam, seramai sembilan warga asing dan empat penduduk berasal Sabah pulang ke kediaman masing-masing.

Menurutnya, enam warga asing itu bekerja sebagai pembantu di kedai hardware terdiri daripada lima warga Indonesia dan seorang Myanmar, manakala tiga warga Thailand turut pulang ke rumah bagi menjalani ujian saringan.

Semalam media melaporkan seramai 400 penduduk Medan 88 tidak kembali ke rumah selepas polis mengepung kawasan premis perniagaan itu.

Dalam pada itu, Arjunaidi turut menyeru penduduk di kawasan itu yang belum tampil agar segera pulang untuk menjalani saringan Covid-19. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain