suria

Lari dari Hospital Pulau Pinang, lelaki disyaki pesakit Covid-19 sedang dikesan polis

Pesakit tersebut meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katil, sebelum melarikan diri. Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang dipercayai pesakit Covid-19 didakwa melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang, pada Ahad.

Pesakit berusia 23 tahun yang sedang dirawat di hospital itu dikatakan melarikan diri kira-kira pukul 3.20 petang.

Dia didakwa meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya, sebelum melarikan diri.

Pesakit yang merupakan lelaki warga tempatan kali terakhir dilihat memakai kemeja putih dan seluar panjang putih.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong ketika dihubungi berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Kami sedang mengesan pesakit," katanya. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain