PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat mungkin dilaksanakan untuk menurunkan jumlah kes Covid-19 ke tahap yang dapat dikawal, menurut sumber kerajaan. Kemungkinan PKP akan berlangsung selama sebulan bermula minggu depan, kata sumber kepada The Star. "Oleh kerana tempoh ini akan meliputi pembukaan sesi persekolahan untuk tahun baharu (20 Januari) dan juga Tahun Baharu Cina (12 Februari), ini adalah pengumuman penting yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi PKP: Nantikan pengumuman khas PM pada Isnin "Ia mungkin tidak lama tetapi akan menjadi ketat kerana masyarakat mengambil ringan dengan SOP (prosedur operasi standard) dan ini telah menyumbang kepada sebahagian besar kluster baharu. "Aktiviti-aktiviti utama yang akan terjejas di bawah kemungkinan MCO adalah melibatkan aktiviti keagamaan, sosial, sukan dan budaya. Kegiatan ekonomi akan terjejas hingga ke tahap tertentu," menurut sumber. Langkah-langkah yang dicadangkan itu juga akan menyejukkan suhu politik berdasarkan perkembangan semasa. "Perdana Menteri mahu menumpukan perhatian untuk menangani masalah pandemik dan bencana banjir. Isu politik akan menjejaskan tumpuan itu," kata sumber. Difahamkan, kerajaan akan memaklumkan industri terlebih dahulu untuk membantu mereka membuat persiapan terhadap PKP yang lebih ketat agar tidak memberi kesan buruk kepada ekonomi. "Kabinet membincangkan hal ini secara terperinci pada Rabu dan sentimennya adalah untuk menurunkan jumlahnya (kes Covid-19), terutama apabila kita juga kini menghadapi bencana banjir. "Keadaan petugas barisan hadapan (frontliners) begitu tegang dan kerajaan berusaha untuk mengimbangkan antara menyelamatkan nyawa dan mengekalkan kesejateraan hidup. "Namun, kebanyakan menteri tidak berpihak kepada PKP secara menyeluruh tetapi kepada lebih banyak untuk MCO yang bersasar kerana mereka bimbang ekonomi yang baru hendak pulih akan tumbang," kata sumber itu. - The Star