suria

Kemungkinan boleh adakan bazar Ramadan tahun ini - Zuraida

Bazar Ramadan tidak dibenarkan untuk diadakan tahun lalu susulan penularan wabak Covid-19. Gambar hiasan.

BAZAR Ramadan berkemungkinan boleh diberi kebenaran untuk diadakan pada tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata kementeriannya akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak-pihak yang berkenaan terlebih dahulu, termasuk Majlis Keselamatan Nasional (MKN).

"Jika kita boleh membuka pasar basah dan pasar malam, saya tidak melihat mengapa kita tidak dapat membuka bazar Ramadan.

"Namun, kita harus meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang efisien dan bersesuaian untuk bazar," katanya selepas menghadiri pelancaran aplikasi robotik di Ipoh Central Market, Ipoh pada Selasa.

Kerajaan tidak membenarkan untuk mengadakan bazar Ramadan pada tahun lalu memandangkan negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia bagi mengekang penularan wabak Covid-19. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain